Rabu, 4 Mei 2011

Ada tak kena dengan pesawat RM86juta Taib?

Wednesday, May 4, 2011

'Ada tak kena dengan pesawat RM86 juta Taib'
Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan."(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.Namun Asharat menolak hujah Wing itu."Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.Malaysiakini
Posted by Anak Sungai Derhaka at Wednesday, May 04, 2011 Labels:

Jumaat, 29 April 2011

Kadar rasuah membimbangkan

Rasuah: Keadaan negara membimbangkan

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 27 April: Negara kini berada dalam keadaan membimbangkan kerana berleluasanya salah laku rasuah yang tidak dapat dibendung lagi.
Keruntuhan itu tidak dapat dielakkan sekiranya kerajaan yang sedang mengamal dan membiarkan isu ini berlarutan, tidak ditukar dengan pakatan baru yang menolak rasuah.
AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sebagai contoh pengalaman di Rusia dan Filipina termasuk Arab yang dahulunya mempunyai tamadun sendiri selepas itu tumbang.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini petang tadi.
Turut serta adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ, Dr Ary Ginanjar dengan moderator dari Bernama TV, Zulkifli Bujang.
Bercakap lebih lanjut, Nizar berkata sewajarnya SPRM dan Peguam Negara tidak berada di bawah nasihat Perdana Menteri yang juga Presiden BN dan Umno.
Bagaimana mungkin, soalnya, mereka boleh menyiasat perkara yang menyentuh kepentingan yang melibatkan perdana menteri dan mereka yang terlibat.
Sebab itu, tegasnya, Pakatan Rakyat meminta selama ini agar semua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis, Pengerusi Felda, Petronas dan sebagainya mestilah dilantik oleh dan diletakkan di bawah Parlimen.
Menjawab soalan sama ada PAS ingin meniru bentuk kebangkitan rakyat di negara luar yang melakukan demontrasi jalanan sehingga tertumbangnya pemerintah zalim, Nizar menidakkannya.
"Pakatan tidak pernah meminta rakyat untuk meniru kebangkitan rakyat sehingga jatuh beberapa negara terbabit kerana rasuah dan salah laku.
"Rakyat inginkan perubahan dalam hal-hal berkaitan rasuah, contohnya, kenapa hanya ikan bilis sahaja yang terkena siasatan dan hukuman sedangkan bagaimana dengan isu Khir Toyo dan Taib Mahmud," ujarnya.
Majlis beberapa kali terganggu dengan pekikan kuat dipercayai dilakukan kumpulan sorak yang dibawa oleh pihak tertentu dan membuat bising terutamanya ketika Nizar memberikan hujah mantapnya.
Ketika Dr Ary Ginanjar berkata, malangnya dalam suasana wacana itu, iblis dan syaitan juga turut serta, mereka tidak ingin agar rasuah itu dibanteras.

Rasuah umno selangor

SEJARAH RASUAH UMNO SELANGOR
In Rasuah Selangor on March 10, 2008 at 3:09 pm
Senarai pemimpin Umno Selangor yang mengkhianati Melayu dengan menjual segala tanah yang diperolehi dari kerajaan kepada taukeh-taukeh Cina
detik.dailyOleh : KAKEK
“Habis dah tanah negeri Selangor”, titah Almarhum Sultan Salahuddin, Sultan Selangor beberapa tahun lepas.
Kekesalan ini dilafazkan oleh almarhum Sultan Selangor kerana rasa kecewa yang amat sangat terhadap sikap bekas MB Selangor ,Tan Sri Mohamad Taib yang mengagihkan tanah Negeri Selangor kepada kroninya dan konco-konco dalam Umno sesuka hati.
Kebimbangan Almarhum Sultan rupa-rupanya tidak diendahkan oleh MB-MB Selangor selepas itu. Dato’ Abu Hasan tetap memberikan sebahagian tanah kepada kroni dan konco-konconya ketika menjawat MB Selangor.
Lebih dahsyat sekarang ini, Khir Toyo, MB Selangor dalam masa yang sungguh singkat telah membahagi-bahagikan tanah di Selangor kepada konco-konco dan kroninya.
Berikut disenaraikan sebahagian daripada pemimpin Umno atau kroni atau proxy mereka yang telah mendapat tanah dan dijual serta merta kepada pengusaha Cina.
1. Proxy YB Satim telah mendapat lebih 50 ekar di Puchung dan kemudiannya dijual.
2. Proxy YB Ahmad Bahari telah mendapat tanah di Ampang dan Gombak dan dijual
3. Proxy bekas YB Saidin Adam dapat tanah di Sg Buluh dan dijual
4. Proxy bekas YB Fauzi dapat tanah di Sg.Buluh dan dijual 5. Dato’ Onn Ismail dapat tanah beribu ekar di Pulau Indah atas nama koperasi dan dijual.
6. Proxy bekas wakil rakyat, Ramli Norani dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah dan dijual.
7. Di Sabak Bernam, Jelutong Jati dapat 1000 ekar dan dijual.
8. Proxy Jakiran Jakomah dan Aziz Md.Nor dapat tanah di Ijok dan Klang dan dijual.
9. Proxy YB Fatah dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.
10. Proxy YB Zakaria Samseng dapat tanah di Klang dan Shah Alam dan kemudiannya dijual
11. Proxy YB Rahman Padil dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.
12. Adik Mohamad Taib, Proxy Musa Taib dapat tanah dan jual. Pernah dikatakan hasil jualan tanah-tanah itu tak habis 7 keturunan.
13. Proxy YB Zainal Sakom dapat tanah di Shah Alam
14. Proxy bekas YB Dato’ Shukur dapat tanah di Kuala Selangor dan Bukit Cherakah dan dijual.
15. YB Noh Omar dapat tanah di K uala Selangor sebanyak 20 ekar dan dijual.
16. Proxy bekas YB Aziz Desa dapat tanah bersama kroni di Bukit Cherakah dan dijual. Boleh semak simpanan wang di Bank Rakyat banyak mana wang yang dipungutnya.
17. Bekas YB Hashim Mahmud,Kuala Selangor dapat tanah di Klang dan kemudiannya dijual.
18. Proxy YB Sujak dapat tanah di Shah Alam dan kemudiannya dijual dan tertipu.
19. Proxy YB Raja Idris dapat di Shah Alam – jual.
20. Proxy YB Zainal Dahlan dapat di Sabak Bernam dan Shah Alam – jual.
21. Sudah pasti kroni Mat Taib yang paling banyak dapat tanah atas nama berbagai syarikat. Jika tidak bagaimana dia boleh bawa duit berjuta seberat 20 kg. ke Australia.
22. Pak Nasron, bekas Pegawai Mardi pun dapat tanah. Pak Nasron berasal Indonesia. Ia dapat tanah di Kuala Selangor seluas 10 ekar atas nama City Rider Sdn.Bhd dan telah dijual dengan harga lebih satu juta. Tanah telah diberikan oleh Mat Taib sebab ia rapat dengan Mat Taib kerana jual jamu “kuat” pada Mat Taib.
Hasil jual tanah , YB-YB Selangor bergaya dengan kereta mewah, Mercedes berbagai model.Lihat sahaja kelakuan wakil-wakil rakyat Umno Selangor. Belum sepenggal jadi YB sudah menggayakan kereta mercedes. Sombong pulak tu.
Tanah ini tidak termasuk tanah lot kedai atau banglo yang diberikan kepada orang Umno dan telah dijual. Kerja utama orang Umno adalah mencari tanah dan bila dapat — jual.
Penulis menyokong penuh cadangan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang supaya Pejabat Daerah dan Tanah mendedahkan senarai pemimpin Umno dan kroni yang dapat tanah dan dijual.
Penulis cuba menyemak kembali nama-nama dan nama syarikat yang mendapat tanah di salah sebuah pejabat daerah tetapi telah diherdik dan diancam.
Kepada bekas MB Selangor,Mohamad Taib sila nafikan dakwaan ini.
Kita merasa hairan, mengapa tanah TOL yang disewakan kepada Dato’ Hasan Ali seluas 6 ekar sejak hampir 10 tahun dan masih diusahakan telah dijadikan isu besar. Apakah jasa Dato’ Hasan Ali yang mendidik anak-anak dipandang begitu hina berbanding jasa pegawai Mardi (orang asal Indonesia kerja jual jamu) yang diberikan tanah 10 ekar di Kuala Selangor dan telah dijual itu lebih mulia?.
Apakah kerana menjual jamu untuk “kuat itunya Mat Taib” maka Mat Taib sudah menganggap pegawai berkenaan sudah berjasa besar kepada negara sehingga dikurniakan 10 ekar tanah? Ramai lagi pegawai Mardi yang bertungkus lumus memajukan petani dan anak watan tetapi tidak mendapat seinci tanah pun dibumi Selangor ini.
Sindiket menjual tanah oleh pemimpin Umno cukup licik. Mereka memohon tanah atas nama syarikat dua ringgit dan ada proxy. Apabila permohonan oleh mana-mana syarikat diluluskan oleh Exco maka Pejabat Daerah dan Tanah akan mengeluarkan borang A kepada syarikat yang memohon sebagai tanda permohonan lulus. Maka pengarah syarikat itu pun mencanangkan Borang A keseluruh negeri untuk menjualkannya.
Biasanya tanah dijual dengan harga juta-juta. Pengusaha Cina akan membeli syarikat 2 ringgit berkenaan dan secara otomatik tanah milik syarikat itu ikut terjual.Contoh telah diberikan oleh Khir Toyo bagaimana 4 syarikat yang tak mampu bayar premium tanah telah dibeli oleh U-Wood Bhd. Hampir 100% mana-mana atau proxy pemimpin Umno yang dapat tanah telah terjual kepada pengusaha sama ada pengusaha Cina dalam atau pengusaha luar negeri.
Kepada pemimpin Umno,jangan berlagak sombong kununnya Umno sahajalah pembela bangsa. Tetapi nyatanya Umnolah sebagai perosak , pemusnah bangsa,agama dan tanah air.

Khamis, 24 September 2009

Jawatan wakil rakyat peluang buat duit, lapor TI

Jawatan wakil rakyat peluang buat duit, lapor TI
Abdul Aziz Mustafa Thu Sep 24, 09 9:42:46 am MYT
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong rapat mereka percaya bahawa jawatan tersebut adalah peluang untuk membuat duit bagi diri mereka sendiri, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low.
Beliau menyifatkan rasuah telah menjadi cara hidup di Malaysia ketika rakyat negara ini merasa tidak berdaya dan kebanyakannya mengalah kepada rasuah yang menjadi-jadi akibat sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan berbuat apa-apa walaupun terdapat tuduhan rasuah yang serius.
Beliau seterusnya mendedahkan, institusi dan badan penguatkuasa yang ada di negara ini tidak berkesan dan tidak bebas sepenuhnya.
"Masyarakat percaya tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan dan mereka yang diamanahkan dengan wewenang dan kuasa untuk merubah perkara yang berlaku tidak komited (untuk bertindak ke atas jenayah rasuah) atau tidak berdaya melakukannya," sebuah laman web memetik beliau berkata.
"Badan anti rasuah seringkali gagal menangkap 'ikan besar' yang dikatakan pihak yang sebenarnya terlibat di dalam kes-kes rasuah".
Low menyifatkan SPRM dan lain-lain reformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi rasuah masih belum menunjukkan hasil yang diharapkan.
"Terdapat rasa meluat yang begitu kuat terhadap keadaan yang tidak berubah-ubah itu," kata beliau dalam sidang akhbar mengenai 'Laporan Rasuah Sedunia 2009: Rasuah dan Sektor Swasta' yang antara lain mendedahkan bahawa indeks rasuah di Indonesia jauh lebih rendah dari Malaysia.
Menurut beliau, rasuah diterima, kalaupun tidak dibiar dan dimaafkan, sebagai cara hidup di negara ini kerana ketidakjujuran, rasuah dan mengabdikan diri kepada hawa nafsu telah menjadi nilai-nilai yang diterima malah dipuja-puja.
Usaha memerangi rasuah pula dihalang oleh sistem politik di dalam negara ini walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan polisi yang berkaitan serta institusi untuk melakukan perkara itu.
"Keadaan saling bergantung antara kerajaan, perkhidmatan awam dan sektor swasta menidakkan konsep check and balance," jelas beliau.
Mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), beliau berkata kes itu membabitkan isu penyaluran dana dari sektor swasta kepada parti-parti politik.
Parti-parti politik yang terlibat menerima dana itu akhirnya akan membalas jasa, katanya.
"Di sinilah munculnya tender tertutup yang bertentangan dengan pemerolehan secara terbuka di dalam perniagaan," katanya lagi.
Beliau menyifatkan skandal PKFZ sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara.
Low juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Sementara Pentadbiran dan Tadbir Urus Korporat PKFZ.
"Saya berharap apa yang berlaku dalam PKFZ akan menjadi contoh baik apa yang sepatutnya dilakukan bagi agensi lain dan agensi berkaitan kerajaan.
"Kita tidak boleh membazirkan sumber kita," kata beliau dalam sidang akhbar di Petaling Jaya itu.
Menyifatkannya sebagai satu daripada skandal terbesar tahun ini, Low berkata jawatankuasa itu kini sedang mencari tiga pengarah bukan eksekutif bebas untuk menduduki lembaga.
Beliau berkata sifat-sifat peribadi akan menjadi kriteria pertama bagi pengarah, sebelum kecekapan.
"Mereka perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan tidak mempunyai kepentingan diri sendiri," katanya semasa ditanya mengenai kriteria pelantikan.
Calon-calon akan dipilih daripada mereka yang tidak mempunyai hubungan politik tetapi mahu membantu negara dan PKFZ serta mempunyai pengetahuan mengenai industri pelabuhan, katanya.
Mengenai sama ada tempoh beliau dalam jawatankuasa itu akan dilanjutkan, Low menjawab: "Jika perkara masih tidak selesai, saya mungkin meminta lanjutan."
Jawatankuasa itu dijangka mempunyai masa sehingga Januari 2010 untuk menyelesaikan tugasannya.
Mengenai kontroversi video Datuk V K Lingam yang mendedahkan manipulasi badan kehakiman, Low berkata isu yang melibatkan campur tangan pihak yang berkepentingan dalam perlantikan hakim-hakim tetap menjadi isu yang tidak dapat diselesaikan sejak 2007. _

Ahad, 16 Ogos 2009

Sekandal PKFZ



Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan
Tindakan terdesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berperang secara terbuka menerusi media mendedahkan lagi pekung yang selama ini disorok oleh Barisan Nasional (BN).
Percubaan yang baik, Muhyiddin. Tetapi, setelah rakyat mendengar dakwaan Tiong bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Ong, kini mereka hendak tahu pula siapa lagi yang mendapat habuan?
“Adakah pemimpin Umno juga dapat duit seperti itu? Adakah mereka mendapat habuan lebih besar?” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai perisytiharan yang jelas bahawa kerajaan BN enggan mengamalkan ketelusan.
“Kalau ada dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan BN kononnya mengamalkan ketelusan, kenyataan Muhyiddin itu dengan jelas membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan besar.
“Mereka sebenarnya amat takut kepada ketelusan. Muhyiddin sendiri yang mendedahkan pekung itu,” kata Mohamad.
Kedua-dua tokoh penting BN itu terbabit dalam perbalahan secara terbuka mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila Tiong mendakwa Ong yang juga Presiden MCA, menerima RM10 juta daripadanya.
Tiong (gambar) ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, iaitu pemaju PKFZ.
Beliau mendakwa, wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan ‘berhutang’ kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.
Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong dan mengadakan sidang akhbar mengenai tindak balasnya itu.
Ong juga mahu menyaman Tiong jika bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu tidak menarik balik tuduhan tersebut.
Tidak gentar dengan tindakan Ong itu, Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.
Beliau juga mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.
“Beliau boleh teruskan dan saman saya,” tegas Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Beliau juga enggan memohon maaf kepada Ong.
“Kenapa saya harus memohon maaf?” soal beliau. “Atas alasan apa saya harus memohon maaf?”
Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.
Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.
KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.
Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003
Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
http://www.harakahdaily.net
Dikirim dalam News & Politics

Rabu, 12 Ogos 2009

Rasuah Presiden MCA



Bongkar: ‘RM10 juta untuk presiden MCA’
Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing – yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN – mendakwa beliau telah ‘menderma’ RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.
Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan ‘berhutang’ kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.
Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Malaysiakini
Dikirim dalam News & Politics

Isnin, 27 Julai 2009

Cara Tok Him Bermain Politik

Sebagai warga Pasir Mas, saya merasakan satu kesilapan besar seandainya saya tidak menegur Ahli Parlimen kawasan saya iaitu saudara Dato' Paduka Ibrahim Ali atau lebih mesra di kawasan kami dengan gelaran Tok Him.Kemanakah sebenarnya arah tuju perjuangan Tok Him dalam politik? Selepas sahaja beliau di tendang keluar daripada UMNO, karier politiknya terus menjadi gelap. Sebelum beliau 'memperkudakan' PAS Kelantan, beliau tetap tidak ketinggalan untuk bersaing dengan calon2 lain bertanding dalam PRU. Namun pada masa itu, Tok Him yang menggunakan 'tiket bebas' sememangnya 'tidak berharga' bagi rakyat Kelantan terutamanya warga Pasir Mas.Entah bagaimana cara beliau guna hinggakan PAS Kelantan di bawah pimpinan TGNA boleh 'mempercayai (cair)' beliau dengan memberi laluan mewakili PAS untuk bertanding di Parlimen berkenaan walau hanya menggunakan 'tiket PAS' semata - mata. Beliau mendapat restu untuk bertanding 1 lawan 1 dengan calon BN pada PRU-12 lepas.PAS Kelantan pada masa itu telah mencatat sejarah di mana politik yang 'berajakan Ringgit Malaysia (RM)' telah di gunakan tanpa di sedari. Ini berpunca daripada 'politik sonsang' yang di bawakan oleh Tok Him yang menjadikan RM sebagai 'senjata utama' dalam berpolitik.Bermula dari situ saya sudah dapat merasakan bahawa Tok Him ada 'agenda tersendiri'. Warga Pasir Mas yang terdiri daripada penyokong PAS pada masa itu sudah pandai 'bercerita' pasal habuan RM. Sehinggakan ada antara mereka sudah berani untuk mengugut "kalau tak bagi kat aku RM, malaslah aku keluar mengundi. Mana boleh jadi, kamu dapat, aku tak dapat". Sedangkan PAS tidak pernah menggunakan cara berpolitik yang sebegini.Saya memang tabik kepada Tok Him dari segi seorang yang pemurah. Beliau boleh di katakan seorang yang sememangnya 'kaya'. Tapi, pemurah pun biarlah kena pada tempatnya. Mungkin ketika itu beliau ada alasan tersediri, iaitu cara yang sebegini 'wajib' di gunakan bagi mengalahkan lawan dari BN yang sememangnya sudah sinonim dengan cara yang sebegini. Tapi bagi saya jelas, cara yang sebegini merupakan satu 'virus' kepada PAS.Bila Tok Him berjaya memenangi kerusi parlimen Pasir Mas, beliau sudah mula 'mudah lupa' (sama seperti bosnya Che Det) bahawa tempat yang beliau duduk itu adalah 'ehsan' daripada PAS. Beliau dengan 'tegasnya' menyatakan yang beliau tidak 'terikat' dengan mana2 parti politik. Beliau 'bebas'... Bila sesi sidang dewan parlimen bermula, beliau dengan lantangnya 'menyelar' tidak kira sebelah mana sekali pun demi untuk kepentingan rakyat (mengikut fahaman beliau).Dari situ, PAS Kelantan telah merasakan bahawa Tok Him sememangnya masih 'berjiwa UMNO' sebenarnya, dan satu kesilapan telah berlaku di mana PAS telah memberi laluan 'clear' kepada Tok Him di Parlimen Pasir Mas. Saranan agar Tok Him meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas mula kedengaran dari pelbagai pihak bermula dari pimpinan PAS Kelantan, warga Pasir Mas sendiri dan seluruh rakyat Malaysia. Namun Tok Him buat 'pekak badak' sahaja.Semasa PRK DUN Manek Urai baru2 ini, Tok Him tanpa selindung lagi telah menonjolkan bahawa beliau masih tergila - gilakan UMNO. Beliau telah mengambil posisi dengan membantu calon dari BN. Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali telah mengetuai dalam urusan pembahagian wang dari BN yang bernilai hampir RM100 juta.Ustaz Kassim berkata, "saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara Ibrahim Ali, rupa-rupanya beliau (Ibrahim Ali) mengetuai pembahagian wang, tiap2 seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300".
ADUN Manek Urai, Abe Uji telah mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Tok Him. Menurutnya, Tok Him telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh (bawah jagaan Tok Him).Beliau membawa 2 butir bag berisi wang untuk diagih-agihkan.Nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada 'kepala2'. Cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Tok Him akan mencari seorang 'kepala' (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.Abe Uji berkata, "Trend (kaedah) dia kali ini, bukan 'style' (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam 'rok' getah, kut dalam 'rok', pergi jumpa dengan dia (Tok Him). Dia (Tok Him) cari seorang kepala, dia tunggu di dalam rok mana2, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000".Yang terbaru, Tok Him akan menggunakan platform PERKASA dan PEWARIS bagi membuat sesuatu tindakan yang 'menentang arus' pada abad ini. Beliau akan mengetuai perhimpunan yang 'mengklon' dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Tetapi beliau memilih untuk 'mengampu' kerajaan dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan agar mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.