Khamis, 24 September 2009

Jawatan wakil rakyat peluang buat duit, lapor TI

Jawatan wakil rakyat peluang buat duit, lapor TI
Abdul Aziz Mustafa Thu Sep 24, 09 9:42:46 am MYT
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong rapat mereka percaya bahawa jawatan tersebut adalah peluang untuk membuat duit bagi diri mereka sendiri, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low.
Beliau menyifatkan rasuah telah menjadi cara hidup di Malaysia ketika rakyat negara ini merasa tidak berdaya dan kebanyakannya mengalah kepada rasuah yang menjadi-jadi akibat sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan berbuat apa-apa walaupun terdapat tuduhan rasuah yang serius.
Beliau seterusnya mendedahkan, institusi dan badan penguatkuasa yang ada di negara ini tidak berkesan dan tidak bebas sepenuhnya.
"Masyarakat percaya tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan dan mereka yang diamanahkan dengan wewenang dan kuasa untuk merubah perkara yang berlaku tidak komited (untuk bertindak ke atas jenayah rasuah) atau tidak berdaya melakukannya," sebuah laman web memetik beliau berkata.
"Badan anti rasuah seringkali gagal menangkap 'ikan besar' yang dikatakan pihak yang sebenarnya terlibat di dalam kes-kes rasuah".
Low menyifatkan SPRM dan lain-lain reformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi rasuah masih belum menunjukkan hasil yang diharapkan.
"Terdapat rasa meluat yang begitu kuat terhadap keadaan yang tidak berubah-ubah itu," kata beliau dalam sidang akhbar mengenai 'Laporan Rasuah Sedunia 2009: Rasuah dan Sektor Swasta' yang antara lain mendedahkan bahawa indeks rasuah di Indonesia jauh lebih rendah dari Malaysia.
Menurut beliau, rasuah diterima, kalaupun tidak dibiar dan dimaafkan, sebagai cara hidup di negara ini kerana ketidakjujuran, rasuah dan mengabdikan diri kepada hawa nafsu telah menjadi nilai-nilai yang diterima malah dipuja-puja.
Usaha memerangi rasuah pula dihalang oleh sistem politik di dalam negara ini walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan polisi yang berkaitan serta institusi untuk melakukan perkara itu.
"Keadaan saling bergantung antara kerajaan, perkhidmatan awam dan sektor swasta menidakkan konsep check and balance," jelas beliau.
Mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), beliau berkata kes itu membabitkan isu penyaluran dana dari sektor swasta kepada parti-parti politik.
Parti-parti politik yang terlibat menerima dana itu akhirnya akan membalas jasa, katanya.
"Di sinilah munculnya tender tertutup yang bertentangan dengan pemerolehan secara terbuka di dalam perniagaan," katanya lagi.
Beliau menyifatkan skandal PKFZ sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara.
Low juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Sementara Pentadbiran dan Tadbir Urus Korporat PKFZ.
"Saya berharap apa yang berlaku dalam PKFZ akan menjadi contoh baik apa yang sepatutnya dilakukan bagi agensi lain dan agensi berkaitan kerajaan.
"Kita tidak boleh membazirkan sumber kita," kata beliau dalam sidang akhbar di Petaling Jaya itu.
Menyifatkannya sebagai satu daripada skandal terbesar tahun ini, Low berkata jawatankuasa itu kini sedang mencari tiga pengarah bukan eksekutif bebas untuk menduduki lembaga.
Beliau berkata sifat-sifat peribadi akan menjadi kriteria pertama bagi pengarah, sebelum kecekapan.
"Mereka perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan tidak mempunyai kepentingan diri sendiri," katanya semasa ditanya mengenai kriteria pelantikan.
Calon-calon akan dipilih daripada mereka yang tidak mempunyai hubungan politik tetapi mahu membantu negara dan PKFZ serta mempunyai pengetahuan mengenai industri pelabuhan, katanya.
Mengenai sama ada tempoh beliau dalam jawatankuasa itu akan dilanjutkan, Low menjawab: "Jika perkara masih tidak selesai, saya mungkin meminta lanjutan."
Jawatankuasa itu dijangka mempunyai masa sehingga Januari 2010 untuk menyelesaikan tugasannya.
Mengenai kontroversi video Datuk V K Lingam yang mendedahkan manipulasi badan kehakiman, Low berkata isu yang melibatkan campur tangan pihak yang berkepentingan dalam perlantikan hakim-hakim tetap menjadi isu yang tidak dapat diselesaikan sejak 2007. _

Ahad, 16 Ogos 2009

Sekandal PKFZ



Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan
Tindakan terdesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berperang secara terbuka menerusi media mendedahkan lagi pekung yang selama ini disorok oleh Barisan Nasional (BN).
Percubaan yang baik, Muhyiddin. Tetapi, setelah rakyat mendengar dakwaan Tiong bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Ong, kini mereka hendak tahu pula siapa lagi yang mendapat habuan?
“Adakah pemimpin Umno juga dapat duit seperti itu? Adakah mereka mendapat habuan lebih besar?” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai perisytiharan yang jelas bahawa kerajaan BN enggan mengamalkan ketelusan.
“Kalau ada dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan BN kononnya mengamalkan ketelusan, kenyataan Muhyiddin itu dengan jelas membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan besar.
“Mereka sebenarnya amat takut kepada ketelusan. Muhyiddin sendiri yang mendedahkan pekung itu,” kata Mohamad.
Kedua-dua tokoh penting BN itu terbabit dalam perbalahan secara terbuka mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila Tiong mendakwa Ong yang juga Presiden MCA, menerima RM10 juta daripadanya.
Tiong (gambar) ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, iaitu pemaju PKFZ.
Beliau mendakwa, wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan ‘berhutang’ kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.
Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong dan mengadakan sidang akhbar mengenai tindak balasnya itu.
Ong juga mahu menyaman Tiong jika bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu tidak menarik balik tuduhan tersebut.
Tidak gentar dengan tindakan Ong itu, Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.
Beliau juga mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.
“Beliau boleh teruskan dan saman saya,” tegas Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Beliau juga enggan memohon maaf kepada Ong.
“Kenapa saya harus memohon maaf?” soal beliau. “Atas alasan apa saya harus memohon maaf?”
Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.
Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.
KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.
Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003
Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
http://www.harakahdaily.net
Dikirim dalam News & Politics

Rabu, 12 Ogos 2009

Rasuah Presiden MCA



Bongkar: ‘RM10 juta untuk presiden MCA’
Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing – yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN – mendakwa beliau telah ‘menderma’ RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.
Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan ‘berhutang’ kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.
Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Malaysiakini
Dikirim dalam News & Politics

Isnin, 27 Julai 2009

Cara Tok Him Bermain Politik

Sebagai warga Pasir Mas, saya merasakan satu kesilapan besar seandainya saya tidak menegur Ahli Parlimen kawasan saya iaitu saudara Dato' Paduka Ibrahim Ali atau lebih mesra di kawasan kami dengan gelaran Tok Him.Kemanakah sebenarnya arah tuju perjuangan Tok Him dalam politik? Selepas sahaja beliau di tendang keluar daripada UMNO, karier politiknya terus menjadi gelap. Sebelum beliau 'memperkudakan' PAS Kelantan, beliau tetap tidak ketinggalan untuk bersaing dengan calon2 lain bertanding dalam PRU. Namun pada masa itu, Tok Him yang menggunakan 'tiket bebas' sememangnya 'tidak berharga' bagi rakyat Kelantan terutamanya warga Pasir Mas.Entah bagaimana cara beliau guna hinggakan PAS Kelantan di bawah pimpinan TGNA boleh 'mempercayai (cair)' beliau dengan memberi laluan mewakili PAS untuk bertanding di Parlimen berkenaan walau hanya menggunakan 'tiket PAS' semata - mata. Beliau mendapat restu untuk bertanding 1 lawan 1 dengan calon BN pada PRU-12 lepas.PAS Kelantan pada masa itu telah mencatat sejarah di mana politik yang 'berajakan Ringgit Malaysia (RM)' telah di gunakan tanpa di sedari. Ini berpunca daripada 'politik sonsang' yang di bawakan oleh Tok Him yang menjadikan RM sebagai 'senjata utama' dalam berpolitik.Bermula dari situ saya sudah dapat merasakan bahawa Tok Him ada 'agenda tersendiri'. Warga Pasir Mas yang terdiri daripada penyokong PAS pada masa itu sudah pandai 'bercerita' pasal habuan RM. Sehinggakan ada antara mereka sudah berani untuk mengugut "kalau tak bagi kat aku RM, malaslah aku keluar mengundi. Mana boleh jadi, kamu dapat, aku tak dapat". Sedangkan PAS tidak pernah menggunakan cara berpolitik yang sebegini.Saya memang tabik kepada Tok Him dari segi seorang yang pemurah. Beliau boleh di katakan seorang yang sememangnya 'kaya'. Tapi, pemurah pun biarlah kena pada tempatnya. Mungkin ketika itu beliau ada alasan tersediri, iaitu cara yang sebegini 'wajib' di gunakan bagi mengalahkan lawan dari BN yang sememangnya sudah sinonim dengan cara yang sebegini. Tapi bagi saya jelas, cara yang sebegini merupakan satu 'virus' kepada PAS.Bila Tok Him berjaya memenangi kerusi parlimen Pasir Mas, beliau sudah mula 'mudah lupa' (sama seperti bosnya Che Det) bahawa tempat yang beliau duduk itu adalah 'ehsan' daripada PAS. Beliau dengan 'tegasnya' menyatakan yang beliau tidak 'terikat' dengan mana2 parti politik. Beliau 'bebas'... Bila sesi sidang dewan parlimen bermula, beliau dengan lantangnya 'menyelar' tidak kira sebelah mana sekali pun demi untuk kepentingan rakyat (mengikut fahaman beliau).Dari situ, PAS Kelantan telah merasakan bahawa Tok Him sememangnya masih 'berjiwa UMNO' sebenarnya, dan satu kesilapan telah berlaku di mana PAS telah memberi laluan 'clear' kepada Tok Him di Parlimen Pasir Mas. Saranan agar Tok Him meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas mula kedengaran dari pelbagai pihak bermula dari pimpinan PAS Kelantan, warga Pasir Mas sendiri dan seluruh rakyat Malaysia. Namun Tok Him buat 'pekak badak' sahaja.Semasa PRK DUN Manek Urai baru2 ini, Tok Him tanpa selindung lagi telah menonjolkan bahawa beliau masih tergila - gilakan UMNO. Beliau telah mengambil posisi dengan membantu calon dari BN. Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali telah mengetuai dalam urusan pembahagian wang dari BN yang bernilai hampir RM100 juta.Ustaz Kassim berkata, "saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara Ibrahim Ali, rupa-rupanya beliau (Ibrahim Ali) mengetuai pembahagian wang, tiap2 seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300".
ADUN Manek Urai, Abe Uji telah mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Tok Him. Menurutnya, Tok Him telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh (bawah jagaan Tok Him).Beliau membawa 2 butir bag berisi wang untuk diagih-agihkan.Nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada 'kepala2'. Cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Tok Him akan mencari seorang 'kepala' (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.Abe Uji berkata, "Trend (kaedah) dia kali ini, bukan 'style' (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam 'rok' getah, kut dalam 'rok', pergi jumpa dengan dia (Tok Him). Dia (Tok Him) cari seorang kepala, dia tunggu di dalam rok mana2, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000".Yang terbaru, Tok Him akan menggunakan platform PERKASA dan PEWARIS bagi membuat sesuatu tindakan yang 'menentang arus' pada abad ini. Beliau akan mengetuai perhimpunan yang 'mengklon' dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Tetapi beliau memilih untuk 'mengampu' kerajaan dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan agar mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.

Rabu, 22 Julai 2009

SPRM,tali barut Umno

Kes Teo juga menunjukkan satu amalan diskriminasi yang ketara di pihak SPRM. SPRM seperti biasa agak cepat bertindak jika tuduhan rasuah atau salah guna kuasa dibuat ke atas ahli-ahli politik Pakatan Rakyat . Bagaimana tahap kelajuan penyiasatan kes rasuah dan salah guna kuasa akan berubah dengan drastik jika ia melibatkan para pemimpin Umno.Dalam kes di Selangor , SPRM cepat menyiasat Mentei Besar Tan Sri Khalid dalam kes korban lembu di mana Pengarah SPRM dengan sombong dan bongkak menyatakan “ kita ada bukti yang kuat untuk mendakwa Tan Sri Khalid” . Dalam kes penyiasatan ke atas Teo kita juga dapat melihat ketergesaan SPRM. Namun apabila terdapat aduan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Khir Toyo kita tidak melihat kelajuan yang sama.Untuk peringatan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah sebelum ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apartmen di Mekah “untuk tujuan yang meragukan”.Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Mekah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.Dan yang terbaru adalah pendedahan Adun Sekinchan ke atas kos banglo mewah Khir Toyo yang didakwa terlalu tinggi.Kita ingin bertanya apa yang SPRM telah lakukan ke atas Khir Toyo?

Khamis, 9 April 2009

Petugas Umno RM300 petugas atasan ratus ribu

CHANGKAT JERING, 6 April (Hrkh) - Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya, Dato' Zahar Hashim secara sinis menasihatkan semua bilik gerakan Umno di Bukit Gantang ditutup kerana petugasnya hanya mendapat RM300 seorang selama 10 hari.
Iklan
Katanya, ini berbeza dengan calon Adun yang mendapat wang sebanyak RM500,000 dalam tempoh 10 hari bertugas pilihan raya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Taman Indah, Bukit Gantang malam tadi.
Ketika beliau berada dalam Umno peruntukkan sebanyak RM800,000 diberikan kepada Umno Bahagian Taman Medan, Petaling Jaya tetapi petugas hanya mendapat RM500 sahaja untuk 10 hari.
Manakala wang selebihnya, tambah beliau disimpan oleh calon dan Ketua Bahagian Umno.
"Saya menyeru petugas Umno di sini balik dan tutup bilik gerakan kerana upah yang diterima sedikit dan tidak tahu sumber itu halal atau tidak," katanya.
Beliau yakin calon PAS dan KeADILan akan menang dan itu menunjukkan isyarat kejatuhan kerajaan BN yang telah memerintah selama 51 tahun. _

Ahad, 5 April 2009

Rasuah dibukit Gantang

BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.
Iklan

Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno.
Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang.
Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut.
"Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya.
Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen di Simpang, Changkat Jering berkata, pemberian wang dan sebagainya daripada Umno-BN itu sudah menjadi amalan biasa parti itu.
Beliau menegaskan, setiap kali pilihan raya sama ada kecil atau pilihan raya umum Umno-BN cuba kelabukan mata rakyat dengan memberi berbagai-bagai bantuan.
Menurut beliau, pengundi Bukit Gantang tidak perlu takut untuk turun mengundi pada hari Selasa, 7 April nanti.
"Pengundi perlu fikir panjang jangan kerana wang RM400 dan sebuah basikal kita sudah menggadaikan prinsip generasi masa hadapan," katanya.
Beliau mengingatkan seluruh pengundi supaya jangan takut untuk memberi kepercayaan kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kerajaan negeri Perak.
"Kita akan berkhidmat dengan lebih baik kerana BN yang telah memerintah selama 51 tahun rakyat di Perak masih lagi ketinggalan untuk menikmati pembangunan," jelas beliau.
Ini dibuktikan tambah beliau, penduduk di Pekan Terong masih ramai yang dhaif kerana selama ini Umno-BN hanya pandai membuat janji ketika kempen pilihan raya tetapi tidak pandai menepati janji.
Bagi petugas PAS beliau berharap supaya dapat terus istiqamah dan sabar menempuh segala provokasi daripada Umno-BN dalam tempoh akhir ini sebelum menjelang hari mengundi.
Beliau berkata melalui sumber mengatakan petugas Umno-BN akan menjatuhkan semua bendera PAS untuk menimbulkan kemarahan kepada penyokong-penyokong PAS.
Katanya, Umno-BN boleh melakukan apa sahaja dan akan menunding jari kepada PAS atau kesalahan tersebut.
Sehubungan itu beliau berharap petugas PAS dapat bersabar dan membanyakkan doa kepada Allah disamping menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat

Rabu, 1 April 2009

Agensi k'jaan S'gor biayai lawatan Khir ke Disney

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah: Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji. Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

http://www.malaysiakini.com/news/101480

Selasa, 31 Mac 2009

Rasuah: Pemimpin kanan Umno disiasat

Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno sedang disiasat berhubung amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata seorang ahli Lembaga Disiplin Umno."Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat. Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). "Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak," TanSri Megat Najmuddin Megat Khas dipetik berkata hari ini.Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung itu berakhir Sabtu lepas, lapor Bernama."Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang," katanya. Jelasnya, beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga disiplin, mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekali gus.Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan juga ketua baru Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Megat Najmuddin berkata jika terdapat bukti sesiapa sahaja akan dikenakan tindakan."Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin," katanya.Menurut agensi berita itu lagi, Megat Najmuddin berkata pemberian wang untuk makan dan minyak bukan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu."Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/101371

Selasa, 17 Mac 2009

Ketua Menteri Melaka terlibat dengan rasuah

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.
keputusan Lembaga Disiplin terhadap 900 aduan politik wang telah menampakkan sedikit pergerakkan. .
Ahli-ahli yang digantung keahlian selama tiga tahun:
1. Rosli Hasan (AJK bahagian Bukit Katil)
2. Zalina Ismail (Naib Ketua Puteri bahagian Bukit Katil)
3. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda bahagian Maran)
4. Datuk Japlin Akim (ahli bahagian Kota Belud)
5. Salmah Pin (ahli bahagian Bandar Tun Razak)
Ahli-ahli yang digantung keahlian selama setahun:
6. Datuk Mokhtar Samad (Ketua bahagian Bandar Tun Razak)
7. Datuk Manan Ismail (ahli bahagian Paya Besar)
8. Amran Mat (Timbalan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai)
9. Mohd Zuki Mohd Zain (Ketua Cawangan Gua Musang)
10. Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (Timbalan Ketua bahagian Paya Besar)
Ahli-ahli yang diberi amaran:
11. Mohd Zali Besar (AJK bahagian Paya Besar)
12. Mohd Shohaimi Jusoh (Naib Ketua bahagian Paya Besar)
13. Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda Rembau)
say goodbye to Ali Rustam....ni nak tanya la sikit..bila dah sah ada terlibat dengan politik wang..SPRM takde nak ambik port ke..??

Jumaat, 13 Mac 2009

Norza Hadapi Dua Tuduhan Rasuah

TEMERLOH, 13 Mac (Bernama) — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohamad Norza Zakaria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua individu pada 20 Jan lepas.
Mohamad Norza, 43, yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, didakwa melakukan perbuatan itu pada 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini.
Beliau didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan suatu suapan iaitu wang tunai RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai ahli MT Umno pada pemilihan Umno hujung bulan ini.
Di tempat yang sama dan pada tarikh dan waktu yang sama, Mohamad Norza didakwa secara rasuah memberikan kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman, suatu suapan iaitu wang tunai RM1,900 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan MT Umno pada pemilihan Umno itu nanti.

Khamis, 12 Mac 2009

Lagi kes rasuah Khir Toyo

Dr Khir kecam wakil PAS di lobi DUN
Jimadie Shah Othman Mar 12, 09 7:47pm
Wakil rakyat PAS Hulu Kelang mendakwa dikecam ketua pembangkang Selangor selepas mendedahkan isteri bekas menteri besar itu menggunakan aset sebuah anak syarikat kerajaan negeri.Saari Sungib mendakwa, ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhenti rehat tengah hari tadi, beliau nampak Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo "macam sedia menunggunya" di lobi bangunan dewan dalam keadaan serius.Wakil rakyat Sungai Panjang didakwa berkata: "Kamu (Saari) serang isteri saya. Isteri saya tidak pernah memandu kereta."Bercakap kepada media selepas sidang DUN petang ini, Saari berkata beliau kemudian menjawab: "Saya tidak kata isteri awak pandu kereta, tetapi diberi pakai kereta itu. Lagipun saya tanya dalam bentuk (minta) menteri besar siasat."Dalam persidangan DUN, beliau mendedahkan sebuah anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd (KDEB) membeli kereta Range Rover bernilai RM500,000 untuk kegunaan kerjanya tetapi ia disalahgunakan untuk Zaharah Kechik, isteri Dr Mohamad Khir.Sebagai menteri besar ketika itu, Dr Mohamad Khir juga dilantik pengerusi KDEB, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor. Menjelas lanjut insiden mereka berdua itu, Saari berkata, wakil rakyat BN itu bagaimanapun tidak mengancam untuk membalas dendam.Ketika kejadian juga, tambahnya, tiada wakil-wakil rakyat lain di tempat itu.Dalam sidang media selepas sidang DUN, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setiap wakil rakyat patut diberikan peluang menyuarakan pandanganya tanpa rasa takut dalam dewan terhadap sesuatu.Tambahnya, bekas menteri itu juga patut diberikan peluang menjelaskan perkara yang sebenarnya seperti dibangkitkan."Ini ujian kematangan diri. Rakyat melihat sama ada sesuatu itu berlaku secara sopan dan tertib. Itulah juga yang Sultan Selangor mahukan," katanya.Dr Mohamad Khir menjadi sasaran serangan politik daripada wakil-wakil rakyat PKR dan PAS sejak semalam. Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) pagi ini mendakwa sebuah syarikat agen pelancongan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dr Mohamad Khir memonopoli khidmat perjalanan menteri besar, barisan exco kerajaan dan KDEB. Azmin semalam membangkitkan beberapa isu, antaranya, pemberian jam mahal RM150,000 sewaktu Dr Mohamad Khir menjawat pengerusi anak syarikat kerajaan negeri PNSB, perbelanjaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong, dan juga pembelian hartanah di Arab Saudi.

Lagi kes rasuah Khir Toyo

Khir Toyo telah menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover. Amaran keras itu dilakukan di luar DUN Selangor.Khir Toyo: You serang isteri saya. You jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu.Saari Sungib: Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat. Khir Toyo: Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat. Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi. Saari telah mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.

DUN S'gor siasat dana Balkis 23 Mac

DUN S'gor siasat dana Balkis 23 Mac
Jimadie Shah Othman Mar 12, 09 3:50pm
Sepuluh saksi dipanggil memberikan keterangan dalam siasatan awam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhubung sumbangan wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis), bermula 23 Mac ini.Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Teng Chang Khim berkata, saksi-saksi itu yang merupakan penjawat awam, selain bekas setiausaha badan itu Datin Pon Ishak."Dalam siasataan Selcat, mereka (yang dipanggil) bukan pesalah. Tidak ada tertuduh, semua yang datang (merupakan) saksi."Tugas Selcat untuk melihat apakah terdapat kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan pentadbiran anak-anak syarikat, sama ada dapat kelemahan."Dan kita akan siasat, panggil saksi, (supaya) boleh tahu apa yang telah berlaku. Kita tengok di mana kesilapan dia, di mana kebocorannya, dan kita buat cadangan bagaimana boleh membaikinya," kata Teng, yang juga Speaker DUN.Beliau menambah, kegagalan saksi memberikan kerjasama boleh dianggap sebagai menghina dewan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan 12 bulan penjara, denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.Pada 17 Disember lalu, anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.Haniza, juga wakil rakyat Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.Ditemui Malaysiakini ketika sidang DUN berhenti rehat tengah hari tadi, Teng menjelaskan, siasatan awam itu akan memakan masa seminggu dan surat akan dikeluarkan kepada saksi-saksi dalam masa terdekat.Setelah selesai, tambahnya, Selcat akan menyediakan laporan khas mengenai perkara itu bagi dibentangkan dalam sidang DUN akan datang.Katanya, isu Balkis merupakan kes pertama yang dibawa kepada jawatankuasa tersebut.Beberapa kes lagi dijangka akan dihadapkan kepada siasatan awam itu, termasuk perbelanjaan 56 wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama 2008.Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu sejumlah RM9.9 juta dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.Wang itu kemudiannya disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Selasa, 10 Mac 2009

Lagi Rasuah Khir Toyo

MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah "untuk tujuan yang meragukan".Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)."Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB," katanya.Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk "kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja" dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.MB Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak "menutup mulut" Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya "menjaga mulutnya".Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai "pengacau" kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo kini bertindak kerana "kesabarannya ada hadnya."2009/2/21 yeols <shamb.yeol@gmail. com>

Umno: 269 calon bertanding, 900 aduan rasuah

Abdul Aziz Mustafa Tue Feb 24, 09 9:37:04 pm MYTKUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Dengan 269 calon yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno dan ketiga-tiga sayap parti itu pada pemilihan yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan, setakat November lalu sahaja 900 aduan rasuah telah diterima.IklanPengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan rasuah pada pemilihan kali ini adalah paling serius.Tidak diketahui berapa banyak kes rasuah sepanjang kempen pemilihan tersebut yang tidak diadukan.Ketika mengecam gejala itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, jika orang yang menghulur rasuah menang dalam pemilihan Umno Mac ini, kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional (BN) menang."Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka Umno akan dipimpin oleh perasuah."Dan kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika BM menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan," kata bekas Presiden Umno itu.Tindakan membanteras rasuah di dalam Umno bagaimanapun ditentang oleh ahli-ahli parti itu.30 Januari lalu, ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras gejala politik wang ketika Majlis Tertinggi (MT) parti itu sedang bermesyuarat.Mereka yang menunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn itu turut menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM itu.Mereka membawa sepanduk-sepanduk yang tertulis "Kami menolak SPRM, boleh belah", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".Penentangan sedemikian bukan sahaja datang dari ahli-ahli Umno.Sebuah blog, politica-net.blogspot.com, yang dipercayai dikendalikan oleh seorang ahli parti itu mendedahkan ada "orang besar" menghalang siasatan ke atas salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasu

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427. 66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim."Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri. Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut. --Posted By Topengperak_ Xinwugi® to Perisik Rakyat® at 2/25/2009 01:31:00 AM

Cubaan merasuah adun PR

Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar partiFeb 25, 09 3:31pmDua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.BN menubuhkan kerajaan baru di Perak bulan ini selepas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila tiga Adun Pakatan keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.Tawaran jawatan exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang ejen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya."Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang ejen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).

Salahlaku Pecah Amanah (CBT) Zahid Hamidi

Inilah sebenarnya wajah kepimpinan dalam UMNO yang mampu merosakkan imej negara. Kepimpinan seperti ini perlu ditolak. Kepimpinan seperti ini tidak seharusnya wujud. Berikut adalah hipnosis tambahan mengenai Dato Ahmad Zahid Hamidi dalam skandal kewangan yang berbau rasuah:1. Yayasan gerak Bakti Kebangsaan (YGBK) ditawarkan oleh MITI saham Kretam Holdings berhad sebanyak 8,888,888 unit saham dan setiap satu berharga RM1.10.2. Untuk membeli saham tersebut, YGBK terpaksa mendapat pinjaman sebanyak RM10 juta.3. Lembaga Pemegang Amanah YGBK ketika itu adalah:-
Pengerusi: Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul RazakSetiausaha: Dato Ahmad Zahid HamidiBendahari: Dato Seri Tengku Adnan tengku MansorAhli: Dr Tajuddin Jali, Datok Seri Dr Jamaluddin Jarjis- telah bermesyuarat untuk membuat pinjaman tetapi undang-undang tubuh YGBK mengatakan bahawa mereka tidak boleh membuat pinjaman. Sebuah Syaraikat Sden Bhd sepatutnya ditubuhkan bagi pihak YGBK.4. Walaubagaimanapun Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menegluarkan surat tawaran tanpa izin daripada MITI kepada Syarikat Nipah Tech Sdn Bhd, dua pengarah adalah Abd latif dan Hamidah Khamis.5. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri telah mengeluarkan surat 'Letter head Menteri pertahanan' kepada Nipah Tech Sdn Bhd untuk beli saham tersebut dengan janjinya sebanyak 10 sen didermakan kepada YGBK. Dato Ahamd Zahid telah bersekongkol dengan pegawai MITI supaya syarikat Sdn Bhd 100% dibawah kawalannya ditawarkan akan saham tersebut.Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah ketika itu telah menggunakan pegawai MITI (orang dalam) untuk kepentingan dirinya supaya tawaran 8,888,888 saham Kretam Holdings Berhada diberikan kepada syarikat peribadinya di mana Hamidah Khamis (isterinya) adalah pemegang utama.6. Dato Ahmad Zahid Hamidi melakukan pecah amanah:-
i) Saham itu adalah kepunyaan YGBKii) Tidak memberi 10 sen seperti yang dijanjikaniii) Menipu Abd Latif Jantan dengan meminta MITI menawarkan saham kepada syarikat lain daripada Nipah Tech Sdn Bhd.7. Satu masa nilai saham itu naik sehingga RM19 sesaham dan dikalikan dengan 8,888,888 saham menjadi nilai RM168,888,872. Beli cuma RM10 juta, dapat untung RM158,888,872. 00, dan sepatutnya YGBK dapat untung lebih kurang RM145 juta ke RM152 juta selepas ditolak interest RM8 - 15 juta.8. RM145 juta ke RM152 juta inilah modal politik Dato' Ahmad Zahid Hamidi dengan pengeluaran pertama RM30 juta difaraidkan kepada adik beradik dan keluarga.- Seterusnya belanja kempen bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga habis sekitar RM20-30 juta. Bbagi pengeluaran RM40 juta yang kedua dan seterusnya dikeluarkan secara berperingkat- peringkat.9. Dato Seri Hishamuddin, Dato Hasni Mohamad (Pontian), Dato Aziz Sheikh Fadzir dan Dato Mokhzani Mahathir telah mengadap Tun Dr Mahathir. Keputusannya ada unsur pecah amanah (CBT).Namun sekali lagi Tun Dr Mahathir bertoleransi dan menyelamatkan Dato Ahmade Zahid Hamidi daripada didakwa di mahkamah, tetapi Dato Ahmad Zahid Hamidi masih tidak mengenang budi. Sepatutnya Dato Ahmad Zahid boleh didakwa pada masa itu atas tuduhan pecah amanah.
10. Semasa menjadi ahli Parlimen biasa, Dato Ahmad Zahid telah dilantik sebagai Pengerusi di salah sebuah anak syarikat PKN Perak. Beribu-ribu ekar tanah kepunyaan anak syarikat PKN Perak diselewengkan. Tanah yang sepatutnya dibina rumah dan dimajukan untuk golongan sederhana rendah dan rendah telah habis kepada tangan taukeh-taukeh Cina di Lembah Kinta (wang komisyennya sahaja cukup berbaloi untuk dibahagikan) .- Adakah ini orang yang layak untuk kita amanahkan untuk menjaga tanah Tabung Haji? (Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji). alamat tergadailah tanah dan harta Tabung Haji. (Awas! Waspada wahai pemegang saham Tabung Haji!)Akhirnya:Adakah orang ini orang yang layak kita amanahkan untuk menjaga tanah Tabung Haji? (Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji), alamat tergadailah tanah dan harta Tabung Haji. "Awas! Waspadalah wahai penyimpan Tabung Haji!)sumber:http://anti- zahid.blogspot. com