Khamis, 12 Mac 2009

DUN S'gor siasat dana Balkis 23 Mac

DUN S'gor siasat dana Balkis 23 Mac
Jimadie Shah Othman Mar 12, 09 3:50pm
Sepuluh saksi dipanggil memberikan keterangan dalam siasatan awam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhubung sumbangan wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis), bermula 23 Mac ini.Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Teng Chang Khim berkata, saksi-saksi itu yang merupakan penjawat awam, selain bekas setiausaha badan itu Datin Pon Ishak."Dalam siasataan Selcat, mereka (yang dipanggil) bukan pesalah. Tidak ada tertuduh, semua yang datang (merupakan) saksi."Tugas Selcat untuk melihat apakah terdapat kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan pentadbiran anak-anak syarikat, sama ada dapat kelemahan."Dan kita akan siasat, panggil saksi, (supaya) boleh tahu apa yang telah berlaku. Kita tengok di mana kesilapan dia, di mana kebocorannya, dan kita buat cadangan bagaimana boleh membaikinya," kata Teng, yang juga Speaker DUN.Beliau menambah, kegagalan saksi memberikan kerjasama boleh dianggap sebagai menghina dewan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan 12 bulan penjara, denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.Pada 17 Disember lalu, anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.Haniza, juga wakil rakyat Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.Ditemui Malaysiakini ketika sidang DUN berhenti rehat tengah hari tadi, Teng menjelaskan, siasatan awam itu akan memakan masa seminggu dan surat akan dikeluarkan kepada saksi-saksi dalam masa terdekat.Setelah selesai, tambahnya, Selcat akan menyediakan laporan khas mengenai perkara itu bagi dibentangkan dalam sidang DUN akan datang.Katanya, isu Balkis merupakan kes pertama yang dibawa kepada jawatankuasa tersebut.Beberapa kes lagi dijangka akan dihadapkan kepada siasatan awam itu, termasuk perbelanjaan 56 wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama 2008.Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu sejumlah RM9.9 juta dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.Wang itu kemudiannya disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Tiada ulasan: