Selasa, 2 Disember 2008

Rasuah ahli politik Terengganu yang terkenal

Siapakah Ahli politik Terengganu disiasat BPR ?Saturday, 24 November 2007Utusan Malaysia 22 Nov.menyiarkan berita; seorang ahli politik terkenal Terengganu merupakan antara 70 individu yang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di negeri ini sejak awal tahun ini berhubung maklumat kegiatan rasuah yang melibatkan mereka.Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian berkata, kertas siasatan kes rasuah ahli politik berkenaan serta individu lain kini sedang disiapkan untuk tindakan lanjut. Beliau bagaimanapun enggan memberitahu sama ada ahli politik itu mempunyai kedudukan dalam kerajaan negeri iaitu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Exco mesyuarat kerajaan negeri.‘‘Identiti serta maklumat lanjut berhubung ahli politik ini hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap kelak,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayob Yaakob yang masih membisu berkenaan misteri anggotanya memakai reben dilengan semasa peristiwa berdarah Batu Burok September laluMenurut Sharuddin, sejak Januari lepas BPR Terengganu menerima 271 aduan dan maklumat berhubung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa di seluruh negeri didapati meningkat berbanding 259 maklumat sepanjang tahun lepas. Jelasnya, daripada semua maklumat itu, 70 kes dibuka kertas siasatan kerana didapati mempunyai asas untuk disiasat.Beliau memberitahu, selain ahli politik berkenaan, empat yang lain disiasat atas tuduhan meminta rasuah, 19 orang memberi rasuah, 39 orang atas tuduhan memalsukan dokumen dan tujuh salah guna kuasa. Beliau juga memberitahu, mereka yang disiasat terdiri daripada 24 orang pegawai kerajaan daripada kumpulan pengurusan dan profesional, 20 orang kumpulan sokongan serta 25 orang awam dan swasta.Menurutnya, 14 kes telah dibawa ke mahkamah termasuk yang melibatkan dua pegawai kerajaan daripada kumpulan pengurusan dan profesional, lima orang kumpulan sokongan dan tiga orang awam.Dalam pada itu, Ayob memberitahu, 17 anggota polis termasuk seorang pegawai berpangkat Cif Inspektor dikenakan tindakan tatatertib sejak awal tahun ini sehingga semalam. Menurutnya lagi, kesalahan yang dilakukan kebanyakannya melibatkan disiplin iaitu tidak hadir bertugas, kurang bertanggungjawab dan melakukan perbuatan mencemarkan reputasi pasukan. Bilangan anggota polis yang dikenakan tindakan tatatertib tahun ini menyusut berbanding 27 orang tahun lepas.Maka siapakah ahli politik terkenal Terengganu yang sedang disiasat BPR itu? Mungkinkah ahli politik terkenal itu dari kalangan pembangkang di DUN Terengganu?Ahli politik pembangkang ada empat orang yang amat terkenal di DUN Terengganu. Mereka terdiri daripada YB Manir, Wakaf Mempelam, Batu Burok dan Rhu Rendang. YB Manir dan Rhu Rendang tidak munasabah langsung kalau disiasat BPR, kerana mereka adalah dikalangan ulama’ terbilang. YB Batu Burok pula seorang peguam yang amat berkaliber dan berdedikasi, manakala YB Wakaf Mempelam seorang yang berkhidmat sentiasa merakyat.Sekiranya ahli politik terkenal yang disiasat BPR dari kalangan pembangkang pasti telah heboh dan menjadi buah mulut puak-puak UMNO. Tentu imej para YB PAS telah ‘disiat-siat’ sebelum keluar kenyataan dari Pengarah BPR negeri Terengganu. Sudah barang pasti isu orang PAS makan rasuah dijadikan isu sensasi UMNO Terengganu. Namun setakat ini tak pula kedengaran desas desus yang ahli politik PAS makan rasuah, yang banyak kedengarannya melakukan penyelewengan kerana membolot banyak projek-projek adalah dikalangan ahli-ahli UMNO.Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri yang disingkir dari UMNO. Semasa melancarkan buku politik di Petaling Jaya minggu lepas Musa membongkar budaya hodoh yang ada dalam UMNO. Dia menyimpulkan bahawa disebabkan oleh budaya ampu dan ‘yes man’, ahli-ahli yang berhormat tidak lagi berkhidmat kepada rakyat. Mereka lebih menumpukan perhatian dengan projek-projek untuk kepentingan kelompok dan peribadi.Oleh itu siapakah agaknya dikalangan ahli politik UMNO yang disiasat? Menurut Pengarah BPR, ia adalah seorang ahli politik yang terkenal. Maka ahli-ahli politik UMNO yang biasa, tak perlu tak tidur malam memikirkan masalah ini. Ahli politik biasa yang berebut-berebut mendapat projek-projek pembangunan untuk kelompok atau kroni terlalu ramai. Orang-orang UMNO dibawah pun tak kesah tentang pimpinan mereka menggunakan kuasa untuk mendapatkan projek-projek pembangunan. Sudah menjadi lumrah dan darah daging dalam UMNO. Yang mungkin rasa mandi tak basah dan tidur tak lena, adalah mereka-mereka yang terkenal sahaja.Mungkinkah ahli politik terkenal itu dari Dungun yang diberitakan sedang disiasat oleh BPR berkaitan projek MRR2 di Kuala Lumpur. Namun berita yang disampaikan hanya setakat itu. Perinciannya kena tanya yang empunya diri.Atau mungkinkah yang disiasat oleh BPR itu ialah ahli-ahli politik terkenal UMNO Terengganu yang termasuk dalam kumpulan ‘Pembina-pembina Istana”? Ada tiga empat orang yang sedang menyiapkan istana masing-masing dengan nilai jutaan ringgit. Dikalangan mereka memang kebat-hebat semuanya. Ada yang bina istana di atas bukit , lereng bukit, tepi pantai dan di kota metropolitan. Ada yang berbini dua dengan wanita-wanita yang ‘glamour’ dan mungkin ada yang dah masuk tiga. Mutakhir ini, kedengaran khabar bahawa pembinaan istana-istana itu dihentikan kerana dikatakan sedang disiasat BPR.Atau mungkin ahli politik terkenal yang disiasat BPR itu kerana terlibat dengan projek-projek nun di hujung muara Sungai Terengganu. Banyak projek mengorek dan menambun teluk dan kuala sungai yang menelan belanja bukan jutaan tetapi sudah jadi bilionan ringgit. Disiasat BPR, mungkin kerana terlebih bayar bayar atau terlebih korek!Namun siapa saja ahli politik terkenal UMNO yang disiasat itu tak perlu bimbang sekiranya ia termasuk dalam kumpulan ‘orang kita’. Musa Hitam yang kata begitu. Pemilihan kepimpinan dalam UMNO berdasarkan kepada kesetiaan dan sikap ‘yes man’. Kalau dia seorang yang termasuk dalam golongan ‘orang kita’ oleh Pak Lah, tak akan timbul sebarang masalah. Semuanya akan diselamatkan dengan ‘syafaat’ Imam yang sudah menjadi budaya dalam UMNO.Yang jadi ‘yes man’ tidak akan disiat-siat oleh mana-mana kuasa. Yang jadi ‘yes man’ tidak akan jadi ‘no man’, kerana pasti semuanya beres. Banyak kes berprofail tinggi yang akhirnya disejukbekukan kerana termasuk dalam orang-orang ‘yes man’ kepada orang yang paling berkuasa.Yang biasanya akan kena dan tersingkir adalah golongan ‘no man’. Sebagaimana pengakuuan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam, mantan Perdana Menteri yang disingkir !Ketua Umno bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata beliau bukan ahli politik Sabah yang sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan untuk mendapatkan kontrak bernilai RM40 juta."Saya tidak tahu...saya tidak tahu mengenai projek itu. Saya tidak ada projek di Labuan kecuali sebuah hotel murah."Jadi bukan saya yang terbabit dengan projek terbabit," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa BPR sedang menyiasat seorang ahli politik Sabah yang didakwa mengamalkan rasuah untuk mendapatkan projek berkenaan. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat seorang ahli parlimen Sabah kerana penyalahgunaan kuasa, pemalsuan dan rasuah berhubung dengan tiga kontrak bernilai kira-kira RM40 juta di Labuan.Suhaili menjadi ahli Parlimen Labuan selama tiga penggal sejak 1995 tetapi tidak bertanding dalam pilihanraya umum lalu. Beliau juga merupakan pengerusi Perbadanan Labuan.

Ulasan saya...apakah pihak BPR jujur dalam sisatan mereka...rakyat ingin benar melihat hasil sisatan ini.

Tiada ulasan: