Isnin, 1 Disember 2008

Rasuah ahli politik(adun Lenggeng N9)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim pagi ini didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen, Seremban, Negeri Sembilan.
Mustafa dituduh secara rasuah meminta suapan sebanyak RM3,000 daripada M. Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan kepada Manimaran untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir.
Mustafa dituduh melakukan kesalahan tersebut di Lot 1321, Mukim Pantai di Seremban pada kira-kira 11.00 pagi, pada 28 Ogos lepas.
Bagi tuduhan kedua, Mustafa didakwa secara rasuah menerima suapan sebanyak RM2,000 daripada orang yang sama untuk tujuan sama.
Kesalahan tersebut dilakukan di Restoran Jahrin Maju, No. 17, Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada kira-kira 5 petang pada 31 Ogos lepas.
Mustafa dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 26 dan 27 Februari depan.
Pada 31 Ogos lalu, Mustafa ditahan kerana disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin.


Ulasan saya..bagi mereka,selagi ada kesempatan mereka akan tetap mempergunakan kuasa atau pun pangkat yang ada pada mereka itu untuk mencari kekayaan dunia walau pun dengan jalan atau cara yang tidak bermaruah,yakni dengan menerima rasuah.Hati budi mereka telah hilang rasa takut dan bersalah pada perkiraan dosa.

Tiada ulasan: