Selasa, 2 Disember 2008

Umno dan rasuah(naib ketua umno bahagian Seremban)

'Ahli Umno tak takut politik wang'Muda Mohd Noor Sep 5, 08 12:02pmPolitik wang masih berterusan berlaku dalam Umno kerana peraturan serta etika pemilihan tidak berkesan untuk membendung amalan tersebut sewaktu pemilihan parti diadakan, kata beberapa pemimpin Umno.Menurut mereka lagi, pihak-pihak yang melakukannya sebenarnya tidak takut dengan peraturan kerana jawatan parti menguntungkan mereka."Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya," kata Ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman."Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan," katanya.Suhaili (foto) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kelmarin atas dua tuduhan rasuah berhubung pemilihan parti. Mohd Nor, 47, seorang ahli perniagaan, dituduh secara rasuah memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.Wang itu sebagai dorongan supaya Rezwat Shahril semasa dalam mesyuarat agung Umno cawangan itu 3 Ogos lalu, mencalonkan Mohd Nor sebagai calon ketua Umno bahagian Seremban bagi pemilihan untuk bagi sesi 2008-2011.

Ulasan saya...itu lah budaya mereka yang telah berakar umbi...dan penyakit ini seperti sudah tiada lagi ubat nya.

Tiada ulasan: