Selasa, 2 Disember 2008

Syed Hamid Mengakui secara terbuka akan rasuah wang yang melanda dalam Umno.

Menurut Syed Hamid, pemilihan Umno kali ini umpama hendak berperang dan berdasarkan pandangan peribadinya, secara keseluruhan politik wang sudah menjadi barah dan semakin merebak bukan hanya di peringkat tertinggi tetapi juga di akar umbi.
“Saya tidak pasti sama ada barah (politik wang) ini boleh diubati atau tidak, tetapi pertandingan kali ini, mempunyai kemaruk yang buruk… semua pihak bertanding bersungguh-sungguh seperti hendak berperang,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Kota Tinggi berkata, sepanjang pengalamannya menjadi ahli parti, pemilihan cawangan Umno sekarang adalah yang paling buruk dialami beliau.
“Pertandingan kali ini, mempunyai kemaruk yang buruk… semua pihak bertanding bersungguh-sungguh seperti hendak berperang,” katanya di sini, semalam.
Dalam pada itu Syed Hamid yang juga Menteri Dalam Negeri menghadapi tentangan ahli perniagaan, Daing A Malik Daing Abdul Rahman di bahagian Kota Tinggi yang menyaksikan beliau masih ketinggalan dari segi jumlah pencalonan selepas hanya memperoleh empat pencalonan sehingga, kelmarin.
Syed Hamid berkata, pemilihan kali ini juga bukan sekadar menggunakan wang, tetapi ada calon yang turut menggunakan pengaruh luar dan mengeluarkan pelbagai ancaman kepada ahli untuk menakut-nakutkan mereka.
“Saya takut habis pemilihan nanti, bagaimana kita hendak memulihkan semula Umno… siapa pun yang jadi pemimpin selepas ini, perlu mengakui bahawa Umno berhadapan dengan masalah sekiranya, politik wang tidak dibanteras.
“Secara peribadi, saya berasa takut menyaksikan dan mendengar mengenai pemilihan pada peringkat cawangan kerana semua yang bertanding berhabis-habisan seperti esok nak kiamat… ini tidak harus berlaku, Umno akan rosak, rakyat akan menyampah melihat gelagat seperti ini,” katanya.
Beliau berkata, walaupun pemilihan Umno adalah proses demokrasi tetapi ia akan menimbulkan kesan negatif jika disalahgunakan.

Ulasan saya....rasuah itu dah sebati dengan diri mereka....pantang dengar ada riak bunyi duit berdeting....semua berebut berlari nak dapatkan nya.

Tiada ulasan: